Anda tidak semestinya mempunyai diploma mahupun ijazah dalam bidang pendidikan untuk mengajar tuisyen. Jadi bagaimana ingin bermula?
Ini adalah tips-tips ulung bagi anda yang baru bermula sebagai tutor tuisyen atau cikgu tuisyen.
1. Mulakan dengan mengajar subjek yang disukai atau dirasakan mudah. Contohnya subjek yang anda pernah perform masa belajar dulu
2. Sentiasa update perkembangan dunia pendidikan terkini contohnya seperti perubahan silibus, PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah), PT3 dan lain-lain lagi. Maklumlah sistem pendidikan Malaysia ini selalu berubah
3. Semak kembali buku rujukan dan buku latihan terbaru di pasaran. Boleh dapatkan di kedai buku-buku yang ada menjual buku-buku akademik,
4. Lihat buku latihan terbaru yang berada di pasaran dan cuba buat latihan tersebut.
5. Belajar daripada rakan, mentor dan coach yang berpengalaman dalam bidang ini. Ini adalah cara yang ringkas dan dapat mengurangkan risiko anda membuat kesilapan.
6. Hadiri seminar, kursus, program yang berkaitan untuk memantapkan kemahiran.
7. Mencari maklumat perkembangan dunia pendidikan di Malaysia di internet. Silibus terkini, soalan-soalan peperiksaan lepas, nota, bahan bantu mengajar semuanya boleh dicari di internet.
8. Berhubung dengan guru-guru yang mengajar di sekolah tentang perkembangan dunia pendidikan. Ini bagi memastikan kita dapat mengetahui realiti sebenar tentang realiti dunia pendidikan dan pelajar sekarang. Ia mungkin berbeza dengan zaman kita dahulu.
9. Berada dalam networking orang yang mempunya passion dan minat yang sama dalam bidang ini supaya dapat bertukar-tukar idea dan pengalaman selain dapat memotivasikan diri dan lebih berjaya dalam bidang ini.
10. Mempelbagaikan teknik mengajar supaya pelajar seronok belajar dengan anda. Dengan itu, anda juga lebih yakin dan suka untuk mengajar. Dengan sendiri pelajar anda akan lebih cemerlang.
Walaubagaimanapun, segalanya bergantung kepada diri kita sendiri. Untuk mempunyai pengalaman, kita mesti bermula dan mengambil tindakan!
Pada mulanya mungkin kita akan rasa sukar dan sebagainya. Lama-kelamaan ia akan menjadi mudah bagi kita. Sampai ke suatu tahap, mungkin tidak perlu membawa buku kerana ia sudah sebati dalam minda.
Pengalaman saya sendiri mengajar adalah ketika saya sudah bekerja sebagai di sebuah syarikat Multi National Company (MNC), ketika itu kawan saya, seorang tutor secara sepenuh masa menawarkan saya ‘job’ yang mana beliau tidak dapat memenuhinya.
Saya masih ingat lagi subjek ketika itu ialah Sejarah Tingkatan 2. Berbekalkan sedikit nasihat dan teknik-teknik mengajar, saya memberanikan diri saya untuk mengajar. Alhamdulillah, ia berjalan dengan lancar dan klien juga berpuas hati dengan pengajaran tersebut.
Sebenarnya tidak susah untuk mengajar lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelajar yang sedikit. Kita dapat fokus pada kelebihan dan kelemahan pelajar tersebut serta membantunya sehingga pelajar tersebut dapat mengatasi kelemahan dan menguasai subjek tersebut.
Jadi, sentiasa berfikiran positif dan memperbaharui niat setiap kali mengajar. Apabila anda telah berusaha sebaik mungkin, yang lain serahkan pada Allah kerana Dialah tempat kita mengadu dan meminta.
Niat untuk membantu pelajar dan ibu bapa kerana Allah, insyaAllah semuanya akan diberkati dan dipermudahkan Allah.
Yakin Sebelum Berjaya
Artikel ini diambil dari laman tutorprofesional. Klik untuk layari laman tutorprofesional.com.